Kelas Membaca
Di Tadika Mukmin Junior, kami menyemai minat belajar dan mempercepatkan penguasaan Kemahiran 3M anak anda menerusi kaedah santai program Cahayaku Legacy.
Kami menyediakan Kelas Membaca khas untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas menggunakan modul Cahayaku Legacy bagi murid biasa dan modul Cahayaku Needs bagi murid berkeperluan khas. Dibimbing oleh tenaga pengajar bertauliah dalam persekitaran yang mesra serta selamat, kami komited memastikan setiap anak mendapat sokongan perkembangan yang terbaik.